Kenapa Kita Bersikap Malas? 5 Sebab Kenapa Kita Berterusan Malas!

Thursday, January 1, 2009 21:00
Posted in category Tips Kejayaan

Apa khabar semua? Ini adalah entri pertama pada tahun baru 2009. Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua! Sempena tahun baru ini, semua haruslah dengan semangat baru. Tabiat yang tidak berapa elok haruslah ditinggalkan. Break the habit, break the pattern! Cara mengubah tabiat kita ialah dengan keluar sedikit demi sedikit dari suasana selesa kita. Ubah cara kita melakukan sesuatu dengan sedikit demi sedikit. Jika dulu bangun pagi pukul 7pm, selalu qadaq sembahyang subuh, mungkin kali ini boleh bangun pukul 6.45am. Habiskan sedikit masa mengaji Al-Quran dan juga membaca buku mengenai kejayaan.

Tahukah anda mengapa kita selalu bersikap malas?

  1. Kita sudah selesa dengan cara kita
  2. Tidak ada sebab mengapa kita perlu berubah
  3. Terlalu bergantung kepada seseorang untuk melakukan sesuatu untuk kita, ini mungkin bibik atau ibubapa kita
  4. Tiada ancaman atau kehilangan yang nyata jika kita tidak melakukan sesuatu atau berubah
  5. Hanya pasrah terhadap nasib

Oleh itu ubahlah sikap kita, mula bersikap kepada sikap yang membina!

SocialTwist Tell-a-Friend

Blog Faisal Zabidy dot Com

Tuesday, December 30, 2008 18:53
Posted in category Peribadi

Sudah lama saya ingin menghasilkan blog sebegini. Sebelum ini fokus saya lebih kepada pasaran antarabangsa/luar negara.  Namun begitu saya merasakan amat penting untuk menyumbang kepada anak tempatan dan menolong mereka semua ke arah kajayaan. Di dalam blog ini akan saya dedahkan beberapa tips menarik yang telah membawa kejayaan kepada beberapa blog saya yang telah berjaya membebankan dan meranapkan server nuffnang.com.my dan advertlets.com dengan hujanan trafiknya satu ketika dahulu.

I walk what I talk. Oleh itu amat penting jika anda mendapat tips dari seorang blogger yang sebenar yang telah mengecap kejayaan sebagai blogger utama di Malaysia.

SocialTwist Tell-a-Friend

Ketahui Tujuan Anda Lakukan Sesuatu

Tuesday, December 30, 2008 18:07
Posted in category Tips Kejayaan

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sebelum anda melakukan sesuatu?

Apakah tujuan aku melakukan tugas ini?

Apakah yang ingin aku capai selepas selesai tugas ini?

Adakah cara lain untuk melakukas tugas ini?

Tahukah anda sekiranya anda tidak tahu tujuan sesuatu tugas atau kerja lakukan samalah seperti anda seekor lembu yang ditarik hidungnya tanpa arah tujuan atau tujuan yang hanya diketahui oleh si penggembala lembu tersebut! Tugas yang dilakukan tanpa mengetahui tujuan juga kadangkala boleh membawa kepada pembaziran masa. Apa tidaknya mungkin orang lain sudah melakukanya atau anda ada cara yang lebih menjimatkan masa untuk melakukanya, tetapi dapat mencapai objektif yang sama! Fikir-fikirkanlah!

SocialTwist Tell-a-Friend

Motivasi & Kejayaan

Tuesday, December 30, 2008 15:50
Posted in category Tips Kejayaan

Sesungguhnya motivasi dan kejayaan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Sekiranya anda berhajat untuk berjaya dan berharap agar hajat anda tidak terhenti di tengah jalan, anda perlukan motivasi secara konsisten. Dorongan yang beterusan amat perlu. Dorongan ini boleh datang dalam bentuk berikut:

  1. Visualisasi atau gambaran terhadap suasana atau keaadaan kejayaan anda. Kata Mat Salleh, “Visualise what you want to achieve and constantly remind yourself of the image every single time of the day!”
  2. Perasaan kepayahan dan kesakitan yang akan anda alami sekiranya anda tidak berjaya apa yang dicitakan. Contohnya, adakah anda akan dicaci atau dicerca disebabkan tidak berjaya? Ini adalah contoh extreme.

Dua perkara di atas akan mendorong dan memacu anda dengan lebih laju dalam mencapai impian anda! All the best and good luck!

SocialTwist Tell-a-Friend