Jadi inovatif dan kreatif
Friday, April 2, 2010 4:23Dalam usaha kerajaan menjadikan rakyat Malaysia sebagai warga yang inovatif dan kreatif, pelbagai inisiatif telah dilakukan. Keadaan ini bagaimana hanya menjadikan suasana yang lebih kondusif untuk pencapaian ke arah yang diimpikan. Bagaimana pun, ia tidak mampu sendiri melonjak rakyat ke taraf yang lebih baik jika rakyat masih dengan sikap dan mentaliti di takuk lama. Mereka yang berjaya akan terus berjaya kerana mengamalkan personaliti gemilang dan sikap yang selalu memikirkan kemajuan, tetapi bagi yang miskin atau berpendapatan sederhana, kurangnya kesedaran walaupun telah disogok dengan pelbagai insenfif serta perangai yang masih leka ke arah benda-benda yang bersikap hiburan dan kurang cabaran membuatkan mereka terus daif dan papa bukan sahaja dengan harta malah ilmu. Tengoklah sahaja berapa ramai di antara golongan ini yang lebih suka menonton Akademi Fantasia di Astro daripada TVIQ, atau perbincangan padat di Astro Awani? Mengapa? You can always take the horse to the water buy you cannot force it to drink it. Ini kerana rancangan remeh ini tidak memerlukan untuk mereka berfikir. Jika setiap hari otak tidak dicabar maka fakultinya akan menjadi lemah dan ini membuatkan orangnya sukar untuk mencapai taraf kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan bahasa Inggeris. Setiap Kali kita akan dengar kurang pendedahan di luar bandar sebagai alasannya. Bagi saya ini hanya alasan untuk menutup pekung di dada sendiri. Hampir semua orang kampung ada set tv sendiri. Majoriti pula Ada Astro. Nah.. pendedahan apa lagi yang mereka mahukan? Pendedahan melampau tak pakai bra artis? Di Astro TVIQ ada rancangan khas pembelajaran bahasa Inggeris. Ada banyak juga rancangan Inggeris. Tengok dan bawa kamus di sebelah jika tak faham apa yang dituturkan. Buka subtitle. Hentikanlah tengok AF, Halimah Jongang, Tari Tirana, Jidin dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah.





