Taska Raniya & Mom & Baby Expo 2010
Saturday, March 20, 2010 9:27Pendidikan awal kanak-kanak adalah sesuatu yang penting. Pendedahan kepada pembelajaran pada peringkat bayi lagi menyumbang kepada perkembangan awal otak. Banyak kajian telah dilakukan oleh sarjana barat mengenai pendidikan awal ini bukan sahaja semenjak dari dalam perut ibu lagi tetapi sehinggalah kanak-kanak itu besar. Banyak di antara kita yang tidak mengambil kisah mengenai hal ini kerana kurangnya pendedahan tentang berapa pentingnya pendidikan awal ini. Menurut Glenn Doman, pengkaji dan penulis buku How To Teach Your Baby To Read, bayi sejak dari lahir lagi boleh didedahkan dengan Kad imbasan atau flashcards bagi membantu pengaktifan hubungan otak kanan kanak2. Banyak juga lagi kajian yang dibuat oleh pelbagai pendidik dan ahli psikologi termasuklah Maria Montessori, Prof. Mokato Shichida, Dr. Robert Titzer, Pamela Hickein dan sebagainya. Baru-baru ini saya berpeluang melihat kaedah pembelajaran yang dilakukan di taska raniya Datuk Keramat. Mereka ada menggunakan oleh kaedah flashcard Glenn Doman untuk membaca, mengira dan pengetahuan am (bits of intelligence). Alhamdulillah. Rupanya tuan punya taska ini ada kaitan dengan. Dato’ Dr. Norlaily (Institut Nury) yang ada hubungan rapat dengan Glenn Doman sendiri. Kelasnya di bahagikan mengikut taraf perkembangan dan pencapaian minda kanak-kanak tersebut. Di sini juga Ada diajar fardu Ain.
Hari ini juga Ada Moms and Baby Expo 2010 di Midvalley. Saya mungkin akan ke sana untuk mengetahui apakah lagi yang ada ditawarkan di Malaysia dalam bidang Early Childhood Education ini.
Datin Rosmah telah melancarkan Program Permata Pintar untuk kanak-kanak setelah menyedari kepentingan hal ini. Semoga banyak rakyat Malaysia menjadi orang yang bijak pandai belaka dan kreatif pada satu masa nanti.







