Cara-cara Promosi Berkesan!!

Sunday, April 5, 2009 19:30
Posted in category Teknik Promosi

Banyak cara-cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan. Yang penting anda tahu mencuri perhatian. Dalam hal-hal promosi laman-laman web saya, pelbagai teknik promosi saya gunakan. Online dan offline. Bagi laman web Syokkahwin.com, sekarang ini banyak pengiklanan offline yang saya gunakan. Pengiklanan offline tidak semestinya memerlukan anda mengeluarkan belanja yang besar. Lihat sahaja sekeliling anda!

tony-fernandes

Jika Tony Fernandes dengan topi merah Air Asianya…

baju-syokkahwin

FayZ dengan baju Syokkahwin.com nya..heheh :) Saya tidak akan berasa malu untuk memaki baju ini di majlis rasmi seperti Pameran Pengantin dan juga sewaktu berjalan bersama keluarga di TESCO, Carrefourre atau sewaktu bersantai di Taman Tasik Titiwangsa.

Menjadi penaja untuk Pameran Pengantin terbesar di Malaysia pada tahun 2008 amat membuka mata semua pihak. Ini telah berjaya menaikkan nama Syokkahwin.com di Malaysia secara amnya. Ini dilakukan dengan menggunakan teknik JV. Percayakah anda bahawa semua teknik di atas hanya memerlukan wang yang tidak sampai RM100? Ini amat berbaloi berbanding dengan pengiklanan di majalah-majalah tertentu.

Contoh-contoh promosi yang lain seperti business card anda, pemberian percuma pelekat kereta, kalendar meja. Saya juga menjadi penaja kepada kad kahwin pengunjung laman Syokkahwin.com. So anda pula bagaimana?

SocialTwist Tell-a-Friend
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Cara-cara Promosi Berkesan!!”

  1. hazman aka species1980 says:

    April 12th, 2009 at 10:53 pm

    Yeesss….promosi kena dilakukan sepanjang masa…..macam iklan dalam biar melekat dalam ingatan pembaca dan pendengar….

  2. ijamidayu says:

    May 4th, 2009 at 12:09 pm

    Owh.. Pomosi.. Pomosi..

    Memang penting utk perniagaan….

Leave a Reply