Kenapa Kita Perlu Tahu Pancing dari Menerima Ikan!

Thursday, January 22, 2009 23:42
Posted in category Peribadi

Jika anda diberi pilihan untuk mendapat ikan secara percuma dari kerajaan  sebanyak 2 ekor setiap hari dengan diajar mengail untuk mendapatkan ikan yang mana satu kah akan anda pilih!

Ingat jawapan anda akan menentukan:

  1. tahap pemikiran anda
  2. sikap anda terhadap kehidupan

Mungkin anda merasakan, siapa yang tidak mahu ikan percuma setiap hari sebanyak 2 ekor pulak tu.. Nanti dulu… tahukah anda dengan belajar memancing atau mengail ikan anda boleh mendapat ikan lebih dari 2 ekor setiap hari? Anda akan mempunyai lebihan ikan untuk dijual pula kepada orang yang mendapat 2 ekor ikan ini. Tentunya keluarga akan bertambah dan keperluan makanan semakin meningkat. Boleh ke makan dengan 2 ekor ikan sahaja untuk 5 orang anak, siang dan malam? MUNGKIN TIDAK!!

Lagi satu, mungkin kerajaan yang memberikan anda ikan (welfare grant) ini tidak seterusnya mampu memberikan ikan tersebut selama-lamanya. Mereka mungkin kekurangan wang untuk menampung bilangan penduduk yang malas bekerja dan sentiasa mengharapkan ikan yang semakin meningkat!!! Penduduk yang mengharapkan bantuan dari mereka kuat bekerja membangunkan sawah, ladang dan bidang penternakan yang dikenakan cukai yang berlebihan oleh kerajaan.. Inikah keadaan yang kita mahukan? Welfare economy? Jika begini jadinya, negara mungkin akan terus bankrap!!! Kerajaan begini akan melumpuhkan ekonomi negara dengan membentuk masyarakat dengan budaya subsidi dan malas untuk membangunkan diri sendiri dengan belajar menangkap ikan.

Yang si pemancing tadi mungkin sudah berjaya sehingga berjaya menjadi tekong, pemborong ikan yang kaya raya. Tetapi oleh kerana tindakan kerajaan yang mengenakan cukai yang berlebihan, telah merajuk dan memindahkan wang mereka ke luar negara.. Oleh itu siapa rugi?

Bayangkan jika seluruh rakyat di Malaysia ini pandai menangkap ikan, makin bertambah kayalah negara ini. Boleh menjual ikan di luar negara, perusahaan pengetinan ikan untuk dieksport dan sebagainya.

Fikir-fikirkanlah!

SocialTwist Tell-a-Friend
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply