Malam Futsal @ Era 2009!

Sunday, May 3, 2009 23:27
Posted in category Peribadi

Anda ingin mengalahkan DJ pujaan anda di Era.fm? Mungkin anda terasa nak sepak DIN BERAMBOI sebab sentiasa memperlekehkan pakaian yang anda pakai..atau mencubit Aznil..heheh.. Kini tiba masanya anda menunjukkan taring anda di padang (bukan perut ya..heheh..)..Semua dialu-alukan untuk menyertai pertandingan futsal yang gempaq ini. Untuk mendaftarkan pasukan anda, sila ke SINI. Jom riuh beb!!

malam-futsal-erafm

SocialTwist Tell-a-Friend

AF7: Memang Drama…Claudia dan Aishah Tersingkir

Sunday, May 3, 2009 22:31
Posted in category Peribadi

Memang penuh drama! Mengalahkan teater muzikal yang sebenar pula! Isma pengsan sebaik sahaja mengetahui rakan-rakan karib beliau, Claudia dan Aishah telah tersingkir dari pentas AF7. Pada hemat saya, persembahan Claudia dan Aishah agak mantap, tetapi apa nak dibuatkan, agaknya tingkah laku mereka sewaktu Diari AF7 agak kurang disenangi oleh penonton dan peminat AF7 secara amnya.

isma-sedih

claudia-tersingkir

AKIM DAN CLAUDIA

HOW GOOD IS TIARA IN SINGING KATAKAN OF PGL?

Tetapi dengan lagak seperti OIAM di mana Tomok telah diundi masuk semula, Pengetua AF7 dengan lembut hati telah menggunakan bidang kuasanya sebagai Pengetua AF7 untuk mengumumkan Afundi Masuk (AFMasuk). Konsert AF7 berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dekat sini. AF7 minggu kelapan bertemakan teater muzikal. Claudia bergandingan dengan Akim mempersembahkan teater muzikal Puteri Gunung Ledang. Persembahan pelajar kesemuanya agak menarik cuma saya rasa Adlin Aman Ramli agak bitter sikit kerana sentiasa mencari alasan untuk mengatakan persembahan pelajar tidak lengkap. Keputusan semalam menunjukkan Yazid ada peluang cerah untuk menjadi JUARA AKADEMI FANTASIA 7.

SocialTwist Tell-a-Friend

Jadi Jutawan Pada Umur 18 Tahun?

Sunday, April 12, 2009 21:41
Posted in category Peribadi

Pernahkah anda terfikir mengapakah seseorang itu kaya dan seseorang itu miskin? Adakah kerana takdir? Keturunan? atau nasib?  Tahukah anda juga boleh menjadi seperti mereka yang berjaya dan kaya tidak kira berapa umur anda atau status kewangan anda sekarang! Yang penting kematangan anda dalam berfikir. Pastikan anda berfikir jauh dan yakin dalam diri anda. Kejayaan dan kekayaan bermula dari kepercayaan tentang kemampuan diri sendiri. Jika awal-awal anda sudah mensabotaj diri anda dengan mengatakan “Alah, aku duduk kampung, orang kampung memang tak tahu bahasa Inggeris, so memang susah nak dapat A1 dalam bahasa Inggeris. Maka tidak akan dapatlah anda A1 dalam bahasa Inggeris nanti”. Begitu juga yang mengatakan mereka tidak mampu dan tidak pandai mengurat wanita dan memberikan alasan takut bini pertama untuk kahwin 4, maka tak dapatlah kahwin 4 bagi mereka ini..hahah..

Kita semua bermula dari peringkat yang sama. Mempunyai wiring neurologi otak yang sama. Untuk bermula berjaya di dalam hidup ini, kita perlu mengubah pemikiran kita seperti orang kaya-kaya.

T Harv Eker, dalam penulisannya di dalam buku yang bertajuk: Secrets of the Millionaire Mind: Mastering the Inner Game of Wealth mengatakan bahawa setiap yang kaya terdapat 17 jenis mental blueprint.

  1. Rich people believe: “I create my life.” Poor people believe: “Life happens to me.” (This is HUGE. Every successful person I know is control of her life. Unhappy people are constantly complaining to me how this, that, or the other thing prevents them from doing something.)
  2. Rich people play the money game to win. Poor people play the money game to not lose.
  3. Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich.
  4. Rich people think big. Poor people think small.
  5. Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles.
  6. Rich people admire other rich and successful people. Poor people resent rich and successful people. (This is important, too — it seems to hold true among my friends.)
  7. Rich people associate with positive, successful people. Poor people associate with negative or unsuccessful people. (Another important one.)
  8. Rich people are willing to promote themselves and their value. Poor people think negatively about selling and promotion.
  9. Rich people are bigger than their problems. Poor people are smaller than their problems.
  10. Rich people are excellent receivers. Poor people are poor receivers.
  11. Rich people choose to get paid based on results. Poor people choose to get paid based on time.
  12. Rich people think “both”. Poor people think “either/or”.
  13. Rich people focus on their net worth. Poor people focus on their working income.
  14. Rich people manage their money well. Poor people mismanage their money well.
  15. Rich people have their money work hard for them. Poor people work hard for their money.
  16. Rich people act in spite of fear. Poor people let fear stop them. (This is big for me right now. I’ve accomplished most of the goals I set for myself, and need to set some new ones. But I have this nagging fear, because I’m moving into the unknown. Eker says that successful people act in spite of this fear. They move beyond worry, they “fake it til they make it”, learning as they go. Unsuccessful people do nothing at all.)
  17. Rich people constantly learn and grow. Poor people think they already know.

Saya amat kagum dengan saudara Labanon, seorang lepasan SPM yang berusia 18 tahun yang sudah mempunyai ofis dan staf sendiri dan sedang bergerak menuju angka RM 1 juta..Tidak lupa juga saudara  Ammar Zahar, seorang pelajar universiti yang telah mengubah mindanya untuk berjaya dan seterusnya menjadi seorang jutawan.  Bagi anda yang lain..Fikir-fikirkanlah…

labanon

LABANON DI PEJABATNYA

Jangan lupa dapatkan buku khas terbitan saya “RAHSIA SELEBRITI BERKAHWIN PADA BAJET RM25,000 SAHAJA” DI SINI”.

SocialTwist Tell-a-Friend

Cara-cara Promosi Berkesan!!

Sunday, April 5, 2009 19:30
Posted in category Teknik Promosi

Banyak cara-cara yang boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan. Yang penting anda tahu mencuri perhatian. Dalam hal-hal promosi laman-laman web saya, pelbagai teknik promosi saya gunakan. Online dan offline. Bagi laman web Syokkahwin.com, sekarang ini banyak pengiklanan offline yang saya gunakan. Pengiklanan offline tidak semestinya memerlukan anda mengeluarkan belanja yang besar. Lihat sahaja sekeliling anda!

tony-fernandes

Jika Tony Fernandes dengan topi merah Air Asianya…

baju-syokkahwin

FayZ dengan baju Syokkahwin.com nya..heheh :) Saya tidak akan berasa malu untuk memaki baju ini di majlis rasmi seperti Pameran Pengantin dan juga sewaktu berjalan bersama keluarga di TESCO, Carrefourre atau sewaktu bersantai di Taman Tasik Titiwangsa.

Menjadi penaja untuk Pameran Pengantin terbesar di Malaysia pada tahun 2008 amat membuka mata semua pihak. Ini telah berjaya menaikkan nama Syokkahwin.com di Malaysia secara amnya. Ini dilakukan dengan menggunakan teknik JV. Percayakah anda bahawa semua teknik di atas hanya memerlukan wang yang tidak sampai RM100? Ini amat berbaloi berbanding dengan pengiklanan di majalah-majalah tertentu.

Contoh-contoh promosi yang lain seperti business card anda, pemberian percuma pelekat kereta, kalendar meja. Saya juga menjadi penaja kepada kad kahwin pengunjung laman Syokkahwin.com. So anda pula bagaimana?

SocialTwist Tell-a-Friend

Keluar dari Zon Selesa Anda!

Monday, February 2, 2009 21:43
Posted in category Tips Kejayaan

Semua orang mempunyai tabiat yang memudaratkan. Sama ada tabiat merokok, tabiat pergi ke ofis dengan lewat dengan sengaja atau makan dengan cara melampau. Semua ini dilakukan kerana kita sudah terbiasa dengannya. Orang kata alah bisa tegal biasa! Kenapa kita begini? Kita begini disebabkan kita sudah selesa dengan keadaanya. Kita tidak pernah dimarah, tidak pernah dikutuk atau menerima sebarang tekanan kerana melakukannya. Oleh itu kita rasakan tidak perlu berubah.

Apakata keadaan yang tidak baik ini melibatkan wang ringgit dan masa depan? Tahukah anda dengan menukarkan sedikit tabiat anda, anda mungkin akan menjadi lebih produktif? Contohnya dengan bangun awal sedikit, anda boleh menghabiskan sedikit masa dengan membaca buku motivasi untuk membawa anda pergi jauh lagi.

Jika anda selalu bangun lambat. Cuba pergi sekarang ke katil anda dan tutup lampu seperti suasana sebelum anda bangun tidur. Lepas itu sentakkan diri anda seolah-olah terkejut dengan sesuatu. Bingkas terus bangun selepas itu. Praktis aktiviti ini sekurang-kurangnya 5 kali. Selepas ini saya percaya, amat mudah untuk anda aplikasikannya pada waktu pagi yang sebenar!

Aktiviti yang dilakukan untuk “Breaking the Pattern” ini boleh dipraktikkan kepada aktiviti-aktiviti yang lain yang anda ingin pecahkan tabiatnya! Tak percaya cuba semasa merokok, tiba-tiba anda bayangkan apa yang anda sedut adalah asap dari tahi burung dan terus meludahkan puntung rokok keluar! Lakukan beberapa kali sehingga anda pun rasa muak atau tidak lalu untuk merokok! hehe.. :)

Out of my comfort zone

SocialTwist Tell-a-Friend

Kenapa Kita Perlu Tahu Pancing dari Menerima Ikan!

Thursday, January 22, 2009 23:42
Posted in category Peribadi

Jika anda diberi pilihan untuk mendapat ikan secara percuma dari kerajaan  sebanyak 2 ekor setiap hari dengan diajar mengail untuk mendapatkan ikan yang mana satu kah akan anda pilih!

Ingat jawapan anda akan menentukan:

  1. tahap pemikiran anda
  2. sikap anda terhadap kehidupan

Mungkin anda merasakan, siapa yang tidak mahu ikan percuma setiap hari sebanyak 2 ekor pulak tu.. Nanti dulu… tahukah anda dengan belajar memancing atau mengail ikan anda boleh mendapat ikan lebih dari 2 ekor setiap hari? Anda akan mempunyai lebihan ikan untuk dijual pula kepada orang yang mendapat 2 ekor ikan ini. Tentunya keluarga akan bertambah dan keperluan makanan semakin meningkat. Boleh ke makan dengan 2 ekor ikan sahaja untuk 5 orang anak, siang dan malam? MUNGKIN TIDAK!!

Lagi satu, mungkin kerajaan yang memberikan anda ikan (welfare grant) ini tidak seterusnya mampu memberikan ikan tersebut selama-lamanya. Mereka mungkin kekurangan wang untuk menampung bilangan penduduk yang malas bekerja dan sentiasa mengharapkan ikan yang semakin meningkat!!! Penduduk yang mengharapkan bantuan dari mereka kuat bekerja membangunkan sawah, ladang dan bidang penternakan yang dikenakan cukai yang berlebihan oleh kerajaan.. Inikah keadaan yang kita mahukan? Welfare economy? Jika begini jadinya, negara mungkin akan terus bankrap!!! Kerajaan begini akan melumpuhkan ekonomi negara dengan membentuk masyarakat dengan budaya subsidi dan malas untuk membangunkan diri sendiri dengan belajar menangkap ikan.

Yang si pemancing tadi mungkin sudah berjaya sehingga berjaya menjadi tekong, pemborong ikan yang kaya raya. Tetapi oleh kerana tindakan kerajaan yang mengenakan cukai yang berlebihan, telah merajuk dan memindahkan wang mereka ke luar negara.. Oleh itu siapa rugi?

Bayangkan jika seluruh rakyat di Malaysia ini pandai menangkap ikan, makin bertambah kayalah negara ini. Boleh menjual ikan di luar negara, perusahaan pengetinan ikan untuk dieksport dan sebagainya.

Fikir-fikirkanlah!

SocialTwist Tell-a-Friend

Free Ebook Thriving on Less Available for Download

Thursday, January 1, 2009 21:19
Posted in category eBook Percuma

“In the middle of difficulty lies opportunity.” - Albert Einstein

Here’s a little gift for my audience for the new year. Thriving on Less was written by Leo Babuta. The 27-page PDF describes the experience of Babauta’s own journey from clutter, debt, and scarcity to a simpler, frugal lifestyle that focuses on the essentials and cuts away the extras. This book offers calm, peaceful straight talk that makes the super-busy and overwhelmed think to change to much simpler but fuller life.

You may download the book here: Thriving on Less: Simplifying in a Tough Economy (pdf format)

THRIVING-ON-LESS


The Power of Less Video from Leo Babauta on Vimeo.

SocialTwist Tell-a-Friend

Kenapa Kita Bersikap Malas? 5 Sebab Kenapa Kita Berterusan Malas!

Thursday, January 1, 2009 21:00
Posted in category Tips Kejayaan

Apa khabar semua? Ini adalah entri pertama pada tahun baru 2009. Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada semua! Sempena tahun baru ini, semua haruslah dengan semangat baru. Tabiat yang tidak berapa elok haruslah ditinggalkan. Break the habit, break the pattern! Cara mengubah tabiat kita ialah dengan keluar sedikit demi sedikit dari suasana selesa kita. Ubah cara kita melakukan sesuatu dengan sedikit demi sedikit. Jika dulu bangun pagi pukul 7pm, selalu qadaq sembahyang subuh, mungkin kali ini boleh bangun pukul 6.45am. Habiskan sedikit masa mengaji Al-Quran dan juga membaca buku mengenai kejayaan.

Tahukah anda mengapa kita selalu bersikap malas?

  1. Kita sudah selesa dengan cara kita
  2. Tidak ada sebab mengapa kita perlu berubah
  3. Terlalu bergantung kepada seseorang untuk melakukan sesuatu untuk kita, ini mungkin bibik atau ibubapa kita
  4. Tiada ancaman atau kehilangan yang nyata jika kita tidak melakukan sesuatu atau berubah
  5. Hanya pasrah terhadap nasib

Oleh itu ubahlah sikap kita, mula bersikap kepada sikap yang membina!

SocialTwist Tell-a-Friend

Blog Faisal Zabidy dot Com

Tuesday, December 30, 2008 18:53
Posted in category Peribadi

Sudah lama saya ingin menghasilkan blog sebegini. Sebelum ini fokus saya lebih kepada pasaran antarabangsa/luar negara.  Namun begitu saya merasakan amat penting untuk menyumbang kepada anak tempatan dan menolong mereka semua ke arah kajayaan. Di dalam blog ini akan saya dedahkan beberapa tips menarik yang telah membawa kejayaan kepada beberapa blog saya yang telah berjaya membebankan dan meranapkan server nuffnang.com.my dan advertlets.com dengan hujanan trafiknya satu ketika dahulu.

I walk what I talk. Oleh itu amat penting jika anda mendapat tips dari seorang blogger yang sebenar yang telah mengecap kejayaan sebagai blogger utama di Malaysia.

SocialTwist Tell-a-Friend

Ketahui Tujuan Anda Lakukan Sesuatu

Tuesday, December 30, 2008 18:07
Posted in category Tips Kejayaan

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda sebelum anda melakukan sesuatu?

Apakah tujuan aku melakukan tugas ini?

Apakah yang ingin aku capai selepas selesai tugas ini?

Adakah cara lain untuk melakukas tugas ini?

Tahukah anda sekiranya anda tidak tahu tujuan sesuatu tugas atau kerja lakukan samalah seperti anda seekor lembu yang ditarik hidungnya tanpa arah tujuan atau tujuan yang hanya diketahui oleh si penggembala lembu tersebut! Tugas yang dilakukan tanpa mengetahui tujuan juga kadangkala boleh membawa kepada pembaziran masa. Apa tidaknya mungkin orang lain sudah melakukanya atau anda ada cara yang lebih menjimatkan masa untuk melakukanya, tetapi dapat mencapai objektif yang sama! Fikir-fikirkanlah!

SocialTwist Tell-a-Friend